Program Ramadan @ Nadi Presint 18
11 Mac 2026 | Aktiviti Terkini10 Mac 2026 (Selasa) - Sempena bulan Ramadan 1447H, NADI di seluruh negara telah manganjurkan program menarik untuk menyemarakkan bulan yang mulia ini melalui pelaksanaan aktiviti khas yang memberi nilai tambah kepada komuniti setempat. Program ini bertujuan untuk menggalakkan penglibatan komuniti sepanjang Ramadan serta terus memperkukuh penyampaian Perkhidmatan Pintar NADI kepada masyarakat setempat.
Berikut adalah antara aktiviti yang akan dilaksanakan sepanjang bulan Ramadan:
IHYA RAMADAN @ NADI
• Mengaji @ NADI
• Tadarus dan Tajwid
NADI Sihat Ramadan
• Cabaran penurunan berat badan secara sihat
• Webinar, podcast, sesi senaman dan perkongsian tip kesihatan sepanjang Ramadan
• Galakan komuniti ke NADI untuk pemeriksaan Kesihatan asas.
Live Bersama NADI Mahir di Bulan Ramadan
• Masak: Pelajari menu Ramadan dan Hari Raya bersama Ms Florence Tan
• Jahit: "Jom Bergaya Raya" bersama Ms Wawa Idris dan sesi pembelajaran alteration
• Foto: "Dari Smartphone ke Spotlight" – Journey Mobilegraphy
Bazar Raya NADI 2026
• Akan dilaksanakan secara serentak pada 14 Mac 2026
Peserta dari NADI Presint 18 juga telah hadir untuk memeriahkan program Ramadan @ NADI pada bulan Februari dan awal Mac yang lalu.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: